Baru sahaja berpindah ke Bukit Sentosa Rawang. Keadaan rumah masih belum bersedia untuk menerima tetamu. Pembersihan bongkah cendawan yang rosak dan expired sedang giat dilakukan sambil menjalankan promosi produk digital di internet. Rakan mencadangkan membeli rumah di Sutera Kajang. Mungkin satu hari nanti setelah berjaya sebagai usahawan internet apa salahnya menambah aset kan…
Sebenarnya hati ini ingin sangat memiliki rumah yang mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan selesa. Sekiranya mempunyai modal yang cukup, rupa hiasan rumah ku mungkin akan sebaik yang ini. Tinggal di kawasan perumahan sekarang pun dah aman rasanya, persekitaran yang sempurna sekiranya mengutamakan keagamaan, kejiranan dan keselamatan. Target untuk memiliki hiasan dalaman sebegini akan aku usahakan dalam tempoh tiga bulan akan datang. Ogos akan ku capai impian ini. Insya Allah. Sementara tu aktiviti follow event dua talent muda AF6 nihh akan dikurangkan. hehehe…jangan marah adek dan abang. Akak sentiasa mengikuti perkembangan korang berdua melalui laman web sahaja ( nadia dan riz ). Kita akan jumpa bulan Okt akan datang. Mempunyai pejabat di rumah sendiri tentu menjadi kebanggaan kan….Bekerja di rumah sendiri la katakan….
p/s Kalau dapat sebahagian daripada hiasan dalaman seperti ini sudah cukup menggembirakan. My younger sis baru beli Apartment kat area Giant Batu Caves. Dah bagitau nak tumpang apartment dia nanti bila renovation rumah execute. Senang dekat dgn Kuala Lumpur. Doakan impian ini menjadi kenyataan. amiinnnn.
p/s2: Sesiapa yang ada kawan2 freelance ID, boleh tinggalkan jejak kat komen tu. Boleh la ai blog walking…
















Salam,
sila la berkunjung ke laman web kami, kami menawarkan khidmat interior design:)
will do…