1STOP@SMSNET
Sumber Bernama
OneSMS Technologies dan One Blog Dot My, yang ditubuhkan pada Disember tahun lepas, bakal memberi nafas baru kepada kemudahan asas untuk mempromosi perniagaan melalui SMS dan internet itu.
“Konsep ini menyediakan platform pembangunan perniagaan melalui Internet dan SMS dengan mudah, cepat dan memberi pulangan lumayan sesuai untuk semua peringkat terutama mereka yang tidak arif atau buta IT.
“Konsep yang ditawarkan adalah gandingan dua kaedah teknologi masa kini iaitu kemudahan SMS dan Internet di mana kedua-duanya perlu dilihat sebagai medium promosi perniagaan berskala besar, tanpa sempadan, cepat, mudah dan boleh menjimatkan kos,” kata Pengarah Pemasaran OneSMS Technologies dan One Blog Dot My, Zabidah Meor Baharum pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
Beliau berkata melalui konsep 1STOP@SMSNET, peniaga dapat menggunakan kemudahan setempat ini dengan mudah dan pada masa yang sama boleh menjana pendapatan dengan cara menjadi wakil jualan dan memasarkan perkhidmatan yang ada dalam program usahawan integrasi SMS dan Internet.
Zabidah berkata kesemua perkhidmatan yang disediakan dalam konsep 1STOP@SMSNET adalah serasi dengan enjin carian Google yang menjadi perkara yang ditekankan syarikat supaya setiap pengguna dapat memasarkan perniagaan mereka secara berkesan tanpa sempadan.
Beliau berkata syarikat juga merancang untuk meneroka pasaran global pada pertengahan tahun ini.
Mengenai modal permulaan, beliau berkata setiap program bermula dengan hanya RM50 dan disertakan dengan beberapa kredit PIN pengaktifan perkhidmatan untuk permulaan.
Sebarang pertanyaan berhubung 1STOP@SMSNET, boleh menghubungi 03-429 67899 atau layari www.1blog.my dan www.1sms.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Leave a Comment
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
Noridah Abd Rahman.
Gemar meneroka ilmu dan membantu yang menghadapi musibah.
Berusaha gigih ke arah kredit sifar menjelang 2020.
Sekiranya anda juga mempunyai keinginan yang sama, tinggalkan pesanan anda.






How to join this program?